Thursday, October 16, 2014

Kerana Allah sayangkan aku.

Bismillahirrahmanirrahim.


Semakin derita menghimpit mu, sedarlah saat itu Allah benar benar merinduimu. Benar, tiada insan yang mempunyai masa silam yang perit tidak boleh berjaya. Aku dulu juga seorang wanita yang hina. Mengejar duniawi melebihi segalanya. Lalainya dalam dunia yang penuh nafsu. bahagianya saat itu. Menjadi hamba kepada nafsu dan meletakkan iman dalam derita.

Dan suatu saat, Allah menarik semua nikmat itu, kerana sayang dan rindunya dia pada aku. Hati yang lemah itu pun menangis merintih, menyoal Allah "Kenapa aku perlu berpisah dengan orang yang aku sayang 5tahun?" Ya, aku pernah mencintai seorang lelaki, selama 5 tahun. Dan selama lima tahun itu juga la aku hampir lupa siapa sebenarnya cinta matlamatku.

Allah, dia menyanyangiku sejak kecilku. aku sering melupakannya, tapi Dia masih setia menunggu. Masih memberi peluang kepadaku untuk bernafas. Masih meminjamkan aku nyawa ini. Mengapa? Kerana Cinta dari Allah itu pasti. Dia menunggu saat aku akan kembali menjadi hambanya yang setia. 18 tahun aku hidup, 18 tahun ini jugalah aku sering lalai mengingatinya.

Kembalinya aku menulis blogini,  setelah 2 tahun berhenti, adalah untuk memberi bantuaan membimbing Hawa-hawa, agar janganlah kalian terus lemah. Sesungguhnya Allah menyayangi kita melebihi cinta ajnabi yang belum pasti. Ingat lah Hawa, selagi kau bernafas, cinta Allah padamu tetap ada.

No comments:

Post a Comment