Thursday, October 16, 2014

Allahu

Islam seluas-luas pintu, di dalam ajaran islam, adalah pintu taubat. Allah menyatakan : " wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit ... kemudian engkau beristighfar, engkau pohon keampunan daripadaku... Aku ampunkan engkau aku tidak peduli.. "
 Hambaku itu tahu dia ada Tuhan yang boleh ampun dosanya dan boleh bertindak padanya ... Aku ampun dia " Kata Allah. Kemudian dia duduk beberapa lama, dia betul-betul taubat, bukan main-main... macam mana dia (boleh) tergelincir lagi.. selepas tergelincir, hadith qudsi ini kata... " Hamba Allah ini berkata : Wahai Tuhan, aku telah buat dosa lagi, ampunlah aku .. Allah kata dalam hadith itu : "
Hambaku itu tahu bahawasanya baginya Tuhan yang boleh mengampunkan dosa dan mengambil tindakan pada dosa dia, Aku ampunkan dia .. Selagi mana dia ikhlas, dia tidak berniat pun nak tipu, dia memang nak taubat betul-betul.. dia tergelincir ... Tuhan kata :
Sesungguhnya hambaku itu bukan apa, dia tahu baginya Tuhan yang mengampunkan dosa...